(Artikel ini masih dalam suntingan dan akan berubah daripada semasa ke semasa)
Assalamualaikum
Ubuntu 7.04 telah di keluarkan secara rasmi pada 19 April 2007, saya telah memasang perisian ini selama 3 minggu dan mencuba hampir kesemua peralatan(tools) dan ciri-ciri (features) terbaru yang disediakan, berikut adalah komen peribadi saya setelah menggunakannya
Pemasangan @ Installation
jika anda menggunakan Ubuntu 7.04 desktop CD, anda akan melihat Ubuntu telah mengambil pendekatan menyerupai Red-Hat dengan menggunakan pemasangan melalui grafik (graphical installer) cuma saya tidak pasti adakah ianya berdasarkan kod Anaconda installer yang di gunakan Red-Hat tetapi ianya berbeza sedikit kerana Ubuntu installer atau Ubiquity dimulakan daripada Ubuntu Live CD session untuk komputer yang mempunyai RAM > 256MB. Jika komputer anda mempunyai RAM kurang daripada itu saya mencadangkan anda mengunakan Alternate installation CD dan gunakan Xubuntu kerana ianya kurang menggunakan memori dan boleh digunakan jugak untuk komputer yang berusia lebih 5 tahun.
Kebanyakan aturan untuk pemasangan adalah mudah tetapi yang saya ingin fokuskan di sini ialah mengenai partition manager dan User migration tools
- proses partition telah dimudahkan dengan 'guided partitioning'
- user migration tools pula akan mengeksport aturan seperti browser bookmark,my documents daripada Windows untuk digunakan di dalam Ubuntu
Tetapi tidak banyak bezanya daripada segi proses pemasangan jika anaconda installer di jadikan rujukan cuma semasa dihujung proses jika ada capaian ke internet Ubuntu installer akan mencari
- 'driver proprieatry@commercial' untuk hardware anda
- seperti Debian Installer akan memuat turun pakej security dan kernel yang bersesuaian dengan pakej yang telah anda pilih
Ubuntu 7.04 tidak menggunakan GRUB 2.0 seperti Red Hat dan terbitannya tetapi mengunakan GRUB 0.97, ini boleh mendatangkan masalah kepada pengguna yang sudah memasang GRUB 2 di komputer mereka kerana GRUB 0.97 tidak dapat membaca aturan (setting) dalam GRUB 2 tetapi boleh di selesaikan dengan pemasangan semula GRUB 0.97 atau 2.
Ubuntu 7.04 Feisty Fawn seperti Ubuntu Edgy Eft menggunakan Upstart untuk mempercepatkan proses 'boot' di mana ianya di akui jauh lebih pantas berbanding semasa menggunakan SystemV init. Desktop Ubuntu saya memerlukan kurang daripada 12 saat untuk boot dan kurang 5 saat untuk shutdown berbanding semasa menggunakan Ubuntu Dapper dan CentOS ianya memerlukan lebih kurang 18-20 saat untuk Boot dan 8-15 saat untuk shutdown
Setelah selesai proses pemasangan Ubuntu dan sistem akan me'reboot' PC anda kemudian anda boleh melihat desktop anda seperti dalam gambar berikut
Desktop Ubuntu (jika anda install daripada CD Ubuntu 7.04)
Desktop Kubuntu (jika anda install daripada CD Kubuntu 7.04)
Desktop Xubuntu (jika anda install daripada CD Xubuntu 7.04)
System Update @ Kemas kini sistem
Setelah pemasangan siap dilakukan berikut ialah proses kemaskini kepada sistem, di atas kiri akan ade 1 icon berwarna oren yang akan memberitahu tentang update terkini untuk ubuntu anda jika anda mempunyai sambungan ke internet
Pemasangan perisian
Pemasangan perisian telah dipermudahkan dengan penggunaan Add-Remove Applications , selain itu anda boleh juga menggunakan Synaptic tetapi saya lebih mengalakkan anda menggunakan Add Remove Applications tool kerana ianya menberikan lebih kestabilan kepada sistem anda kerana ianya menggunakan application compatibility rating
Seterusnya untuk membolehkan ubuntu memasang perisian/driver 'proprietary'@ komersial@ bukan opensource daripada internet anda memerlukan Automatix2
dengan Automatix anda tidak perlu memeningkan kepala untuk memasang beberapa perisian dan codec multimedia yang popular seperti
- Google Earth/Picasa
- Perisian CD/DVD Writer
- Java (JRE/JDK)
- Adobe Acrobar Reader dan Flash Player
- Driver NVIDIA untuk Linux
- Koleksi Fonts Micro$oft
- IDE Programming Tools seperti NetBean, Eclipse
- Multimedia Player dan editor seperti Audacity dan Real Player
- Antivirus dan Firewall
- Dan bermacam-macam lagi
panduan tentang pemasangan Automatix2 ini boleh anda perolehi daripada laman web ini
http://www.getautomatix.com/wiki/index.php?title=Installation#Ubuntu_7.04_.28Feisty_i386.29
Help System
Dalam Ubuntu 7.04 Help system telah di perbaiki dan di pertingkatkan dengan penggunaan Yelp, Yelp ini merupakan interface untuk membantu pengguna dengan memberikan penerangan asas tentang tatacara penggunaan Ubuntu,GNOME dan aksesorinya sseperti Nautilus (Windows Explorer ) dan Metacity (Windows Manager)
Di sini walaupun ianya tidak selengkap Help System dalam Windows tetapi tidak boleh dinafikan ianya membantu pengguna baru dan lama dalam menyesuaikan diri dengan Ubuntu
Pautan NTFS / FAT32
Dalam Ubuntu 7.04 proses ini telah dimudahkan dengan anda boleh memautkan NTFS partition secara automatik (automount) dan juga jika anda ingin menulis ke partition NTFS anda perlu memasang 'NTFS configuration tools' yang terdapat di dalam Add Remove Applications Tools dan kemudian tandakan pada 'enable write support for internal device'
3D Desktop dan kesan Khas (special effects)
Bukan MS Vista Aero sahaja yang mempunyai kesan 3D tetapi di dalam Ubuntu juga telah di pasang dengan Compiz (3D Windows Manager) tetapi hanya terhad kepada 3D desktop dan kesan lembik seperti agar2 apabila mengerakkan window.
Desktop 3D
Window GAIM chat menjadi lembik apabila di gerakkan
Window Gaim berkocak-kocak apabila di maximise kan
jika anda mahu yang lebih hebat anda boleh mencuba 'Beryl' dengan Emerald Theme Manager, Beryl mempunyai pelbagai kesan khas yang boleh diubah (seperti air hujan turun ke desktop - rain drop effects) dan mempunyai lebih banyak tema yang boleh di muat turun. Tetapi peringatan saya cuma menggalakkan sesiapa yang mempunyai kad grafik NVIDIA sahaja menggunakan Beryl kerana di laporkan kad ATI mempunyai sedikit masalah kestabilan tetapi ianya sedang di perbaiki
Kesimpulan
Ubuntu 7.04 tidak boleh dinafikan merupakan Linux termudah untuk pengguna baru dan sedang berusaha untuk memberikan ciri-ciri mesra pengguna dan capaian driver kepada peralatan hardware dan juga perisian yang terkini. Di samping peningkatan daripada segi kemudahan untuk pengguna baru ianya juga didapati menarik untuk pengguna lama kerana ubuntu menawarkan fleksibiliti dalam pakej pemasangan perisian di mana anda akan mendapati sesetengah perkara dlam Ubuntu adalah jauh lebih mudah berbanding Windows XP yang anda gunakan. Walaupun saya masih menemui beberapa ralat@error semasa menggunakan Ubuntu ini tetapi ianya memberikan kestabilan yang mantap
sebagai sebuah desktop OS dan kebolehan untuk
memainkan hampir kesemua fail multimedia yang berada dalam koleksi saya













